Komitmen KULIM untuk menyediakan sokongan tertumpu dan praktikal kepada komuniti tempatan yang memerlukan sambil menyemai etos kesukarelawanan di kalangan warga kerja KULIM di seluruh operasinya. Kami secara aktif menggalakkan pengurusan dan kakitangan untuk mengambil bahagian dalam projek kebajikan, kerja dan amal. Inisiatif kami memberi tumpuan kepada lima tonggak utama: penajaan korporat, pendidikan, sosial, alam sekitar dan sukan.
KULIM memperuntukkan RM18.43 juta dan RM17.26 juta, masing-masing untuk inisiatif tanggungjawab korporat pada 2020 dan 2021. Ini ditujukan kepada institusi dan program jangkauan yang dikaitkan dengan lima tonggak yang dinyatakan sebelum ini.