Kulim Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah

January 31, 2023

JOHOR BAHRU, 31 JANUARI 2023: Kulim (Malaysia) Berhad (KULIM) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha memacu tadbir urus yang lebih baik, budaya integriti dan meningkatkan kesedaran di kalangan anggota pekerja dan vendor mengenai amalan bebas rasuah di KULIM.

Mohd Faris Adli Shukery, Pengarah Urusan KULIM, menandatangani IBR di saksikan oleh SAC Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah KULIM, Ketua Pegawai Tadbir Urus Kumpulan Johor Corporation, barisan pengurusan KULIM, anggota pekerja dan vendor.

"Ikrar ini merupakan inisiatif kami untuk mengekalkan tahap integriti yang tinggi, tadbir urus dan ketelusan dalam operasi perniagaan kami. Kami mahu memupuk kesedaran di kalangan anggota pekerja KULIM tentang kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dan memupuk integriti sebagai tanggungjawab setiap anggota pekerja KULIM. Begitu juga dengan vendor kami, untuk bertindak demi kepentingan terbaik KULIM dan mengekalkan tahap integriti, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi dalam menjalankan perniagaan dan operasi KULIM,” kata Mohd Faris di majlis menandatangani IBR sempena Hari Integriti KULIM 2023 di pusat latihannya di Kota Tinggi.

Selaras dengan tadbir urus yang baik, KULIM memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) ISO 37001:2016 pada 4 Jun 2021. Pensijilan tersebut meliputi operasi perladangan termasuk ladang dan kilang kelapa sawit, operasi nanas, operasi penternakan dan perkhidmatan korporatnya di Malaysia. Pada tahun akan datang, KULIM akan memperluaskan skop pensijilan ISO ABMS untuk syarikat subsidiarinya yang lain.

Bagi mengukuhkan amalan tadbir urus korporatnya, KULIM juga telah mewujudkan Ikrar Integriti Vendor yang berfungsi sebagai perjanjian antara KULIM dan vendornya untuk mencegah rasuah, pakatan sulit atau amalan berkaitan rasuah bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam proses pembelian. Pada majlis tersebut, Ikrar Integriti Vendor telah ditandatangani oleh 15 vendor utama KULIM.

Anggota pekerja KULIM dan tetamu jemputan turut diberi pendedahan lanjut tentang kepentingan tadbir urus yang baik dan integriti melalui ceramah bertajuk “Ketelusan atau Ketirisan?” oleh Dato’ Sri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia.

Popular News

Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
en_GBEnglish (UK)