Jcorp Perkenalkan Ladang Tanpa Tunai di Malaysia Menerusi Solusi Ka$H

January 30, 2019

JOHOR BAHRU, 30 Januari 2019: Johor Corporation (JCorp) menerusi syarikat Kumpulannya, Virtualflex Sdn Bhd (Virtualflex) melaksanakan kemudahan pembayaran gaji bulanan tanpa tunai menerusi KA$H Card yang akan memanfaatkan lebih 500 pekerja asing di ladang milik Kulim Plantation Sdn Bhd iaitu Ladang Sedenak dan Ladang Mutiara bagi mewujudkan Cashless Estate iaitu sebuah konsep ekonomi pintar.

Sebagai permulaan, setiap pekerja ladang Kulim itu akan dibekalkan dengan KA$H Card dan pembayaran gaji bulanan akan dikreditkan terus ke dalam kad tersebut bermula Februari 2019.

Menurut Puan Norsiah Juriani Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Virtualflex, Pelaksanaan Cashless Estate ini bukan sahaja memudahkan pekerja ladang kerana tidak perlu menunggu lama untuk menerima gaji bulanan yang dibayar secara tunai, tetapi turut selari dengan perkembangan teknologi terkini yang dilihat menjadi trend atau gaya semasa yang lebih mudah pada hari ini.

“Penggunaan KA$H Card adalah mudah, cepat dan mesra pengguna. Saya yakin ia dapat menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan kad ini kerana ia boleh digunakan untuk melakukan  transaksi atas talian atau tambah nilai prabayar yang cepat dan selamat. Nilai prabayar KA$H® (E-wallet & Kad) ini juga mampu menampung sehingga RM20,000 kapasiti,” tambah beliau.

Virtualflex juga akan menempatkan peniaga (merchant) di setiap ladang bagi memudahkan urusan pengguna KA$H Kad. Menarik lagi, pekerja asing di ladang juga boleh melakukan pindahan wang ke luar negara menerusi applikasi KA$H.

Bagi mewujudkan Cashless Estate, JCorp akan membekalkan dua terminal Ka$h Card yang akan dipasang di ladang Kulim tersebut. Pada masa yang sama, Virtualflex turut memberi bimbingan kepada pekerja ladang mengenai kaedah mengendalikan sistem E-Wallet sebagai satu kaedah pembayaran yang efisyen selain mengadakan taklimat mengenai kelebihan menggunakan kad tersebut.

Selain itu, setiap pekerja ladang turut dapat menggunakan fasiliti global MasterCard® tanpa perlu ke bank kerana ianya dilengkapi dengan sistem ‘sign-on’ yang mudah. Setiap permohonan untuk memiliki kad ini juga tidak memerlukan slip gaji kerana mereka hanya perlu menunjukkan salinan passport.

Kad ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran serta pemindahan wang di samping mendapat diskaun atau cashback sehingga 15 peratus sebagai satu bentuk penjimatan, bagi pembelian barangan dan perkhidmatan dengan rakan niaga terpilih seperti KFC, Ayamas, Zalora dan Lazada tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan syarikat yang mengambil bahagian.

 

Popular News

Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
en_GBEnglish (UK)