Johor Plantations Salur Bantuan Pasca Banjir kepada Komuniti Terjejas

April 17, 2023

JOHOR BAHRU, 17 APRIL 2023: Johor Plantations Berhad (Johor Plantations), anak syarikat Kulim (Malaysia) Berhad, telah menyampaikan bantuan pasca banjir untuk komuniti di Johor dengan jumlah sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WanCorp) bagi Tabung Sumbangan Pasca Banjir Negeri Johor.

WanCorp memainkan peranan penting dalam menggerakkan sumbernya untuk membantu rakyat Johor yang terjejas dengan membantu mengurangkan kesan banjir melalui operasi menyelamat dan menghantar bantuan, penyediaan bekalan makanan, tempat tinggal dan keperluan asas bagi mangsa. Wancorp kini memberi perhatian kepada aktiviti bantuan pasca banjir melalui usaha pembersihan, membaikpulih rumah, dan pembaikan infrastruktur awam termasuk sekolah dan pusat komuniti.

Mohd Faris Adli Shukery, Pengarah Urusan Johor Plantations, berkata, "Banjir kekal sebagai salah satu cabaran besar bagi masyarakat kita. Kemusnahan akibat kerosakan harta benda telah menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal dan menghadapi kerugian. Sasaran kami adalah untuk meringankan beban bagi keluarga yang terjejas dan memberikan sokongan sementara pulih daripada kesan banjir. Kami berharap sumbangan ini akan memberi kesan yang bermakna dalam membantu mereka untuk bangkit semula."

Penyerahan sumbangan berlangsung semasa majlis berbuka puasa anjuran Johor Plantations semalam di Persatuan Kebajikan Darul Hanan (Darul Hanan) di Pasir Gudang. Darul Hanan merupakan sebuah pusat jagaan anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik. Dalam menyemarakkan semangat untuk membawa keceriaan Ramadan, Johor Plantations turut menyumbang sebanyak RM5,000 untuk membiayai aktiviti Darul Hanan dan memberikan duit raya kepada anak-anak di pusat kebajikan tersebut.

Mohd Faris Adli Shukery menambah, “Ramadan adalah bulan muhasabah, menambah amal dan berkongsi rezeki.  Dengan nilai-nilai ini, kami berbesar hati untuk menyebarkan kemeriahan Aidilfitri bersama Darul Hanan, sebuah organisasi yang penting dalam menambahbaik dan meningkatkan kehidupan anak-anak yang memerlukan bantuan.”

Selain bantuan kewangan, Johor Plantations juga menyediakan tiga buah bot untuk digunakan bagi operasi menyelamat dan bantuan semasa banjir bagi unit operasinya di kawasan yang sering dilanda banjir teruk. Tiga buah ladang tersebut adalah Ladang Pasir Panjang di Kota Tinggi, Ladang Mutiara di Kluang dan Ladang Mungka di Segamat. Manakala dua buah bot lagi akan diserahkan kepada Ladang Palong di Segamat dan Ladang Sg. Tawing di Kluang tidak lama lagi.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat Johor Plantations untuk memberi kembali kepada masyarakat dan meningkatkan taraf hidup komuniti sekitar serta pekerjanya di kawasan yang terdedah kepada banjir.

 

Popular News

Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
en_GBEnglish (UK)