KULIM Anjurkan Larian Hijau dan Penanaman Pokok untuk Inisiatif Lestari

February 21, 2023

JOHOR BAHRU, 21 FEBRUARI 2023: Kulim (Malaysia) Berhad (KULIM) menganjurkan acara larian hijau pertamanya bertemakan ‘Jom Hijau’ di Kulim Eco-TRAIL Retreat (KETR) di Kota Tinggi. Larian sejauh 4km itu menyaksikan penyertaan kira-kira 370 anggota pekerja dan keluarga mereka yang merupakan sebahagian daripada inisiatif KULIM bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada warga kerjanya untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam amalan harian mereka.

Mohd Faris Adli Shukery, Pengarah Urusan KULIM, berkata, “Keseimbangan kerja-kehidupan bukan sekadar konsep di KULIM namun komitmen bersama yang kita usahakan sebagai sebahagian daripada budaya syarikat kita. Kesejahteraan fizikal dan mental yang baik adalah kunci bagi mencapai keseimbangan yang lebih baik yang akan meningkatkan pertumbuhan profesional dan peribadi.

Kami berharap acara larian hijau yang merupakan salah satu daripada beberapa aktiviti sukan yang dijalankan oleh KULIM akan menggalakkan anggota pekerja untuk kekal aktif dan cergas bersama keluarga tersayang dan pada masa yang sama, mengeratkan semangat kerja berpasukan dan kemesraan sesama rakan sekerja dari semua unit operasi sebagai platform untuk berhubung, ukhwah dan mengenali antara satu sama lain.”

Terdapat lima kategori yang dipertandingkan: Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Pekerja ladang, Kanak-kanak (bawah 17) dan Kanak-kanak (bawah 12). Masa terpantas yang dicatatkan untuk larian 4km adalah 15 minit – berlari merentasi ladang  sawit dan di sepanjang sungai Johor yang indah.

Selain hadiah berupa baucar, hadiah utama yang diterima oleh semua pemenang adalah dalam bentuk “hijau” iaitu anak pokok sebagai pengganti pingat sempena acara tersebut.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ESG yang meluas dan bagi menggalakkan warga kerja KULIM dalam menyumbang secara positif ke arah pemuliharaan alam sekitar dan usaha mengurangkan jejak karbon, acara itu turut menyaksikan pihak pengurusan yang diketuai oleh Mohd Faris Adli Shukery menanam pelbagai pokok hutan tropika di sepanjang Sungai Johor termasuk pokok Merbau (Instsia palembanica) iaitu pokok Kebangsaan Malaysia, pokok Johor (Lepisanthes Alata), Kempas (Koompassia malaccensis) dan lain-lain.

Lokasi larian hijau mempunyai kepentingan yang istimewa apabila KULIM meraikan dan memperingati pembukaan semula KETR yang ditutup selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19 dan kemudiannya menjalani kerja-kerja ubah suai. Bangunan yang indah ini dibina pada tahun 1930-an semasa zaman kolonial sebagai kediaman Pengurus Ladang dan telah diubah suai menjadi pusat peranginan, pusat latihan, dan tarikan utama pelancong yang terletak hampir 50 meter dari pinggiran Sungai Johor dan menawarkan pelbagai kemudahan dengan pemandangan panoramanya.

Sebagai acara mesra keluarga, KULIM turut menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan bagi peserta kanak-kanak yang gemar bermain istana, membuat buih gergasi dan meneroka sisi kreatif mereka dengan seni pasir. Acara diakhiri dengan semua peserta menikmati makan tengah hari yang disediakan bersama-sama.

Popular News

Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
en_GBEnglish (UK)