Kulim (Malaysia) Berhad Lantik Mohd Faris Adli Shukery sebagai Pengarah Urusan

13 Oktober 2021

JOHOR BAHRU, 13 Oktober 2020: Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) mengalu-alukan perlantikan Encik Mohd Faris Adli Shukery sebagai Pengarah Urusannya yang baharu berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.

Faris, 48, mempunyai kelulusan peringkat sarjana muda dan sarjana undang-undang dari United Kingdom. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor perladangan, hartanah dan kewangan. Jawatan yang pernah disandang sebelum ini meliputi bidang pembangunan perniagaan, perancangan korporat, komunikasi dan operasi perniagaan.

Sebelum menyertai Kulim, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Sabah di Sime Darby Plantation. Selain itu, beliau juga pernah bertugas di Sime Darby Oils, Sime Darby Property, AmMerchant Bank dan Bursa Saham Kuala Lumpur.

Faris menggantikan Pengarah Eksekutif, Tuan Haji Zulkifly Zakariah, yang bersara pada 16 September.

Kulim (Malaysia) Berhad 
Tingkat 11 Menara Komtar
Pusat Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
Selama 90 tahun, kami merevolusikan masa depan perniagaan tani, dengan itu, mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu pemain utama dalam sektor pertanian Malaysia.
Hak Cipta © 2023 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Tingkat 11 Menara Komtar
Pusat Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
Selama 90 tahun, kami merevolusikan masa depan perniagaan tani, dengan itu, mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu pemain utama dalam sektor pertanian Malaysia.
Hak Cipta © 2023 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
ms_MYBahasa Melayu