JOHOR BAHRU, 13 Oktober 2020: Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) mengalu-alukan pelantikan Encik Mohd Faris Adli Shukery sebagai Pengarah Urusan baharunya berkuat kuasa 1 Oktober 2020.
Faris, 48, memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana dalam undang-undang dari United Kingdom dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor perladangan, hartanah dan perkhidmatan kewangan. Beliau telah memegang peranan dalam pembangunan perniagaan, perancangan korporat, komunikasi dan operasi.
Sebelum menyertai Kulim, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah, Wilayah Sabah di Sime Darby Plantation. Pekerjaan lain beliau termasuk berkhidmat di Sime Darby Oils, Sime Darby Property, Kumpulan Guthrie Berhad, AmMerchant Bank, dan Bursa Saham Kuala Lumpur.
Faris menggantikan Pengarah Eksekutif, Tuan Haji Zulkifly Zakariah, yang bersara pada 16 September lalu.