Kulim (Malaysia) Berhad Lantik Mohd Faris Adli Shukery sebagai Pengarah Urusan

October 13, 2021

JOHOR BAHRU, 13 Oktober 2020: Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) mengalu-alukan perlantikan Encik Mohd Faris Adli Shukery sebagai Pengarah Urusannya yang baharu berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.

Faris, 48, mempunyai kelulusan peringkat sarjana muda dan sarjana perundangan dari United Kingdom. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor perladangan, hartanah dan kewangan. Jawatan yang pernah disandang sebelum ini meliputi bidang pembangunan perniagaan, perancangan korporat, komunikasi dan operasi perniagaan.

Sebelum menyertai Kulim, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Sabah di Sime Darby Plantation. Selain itu, beliau juga pernah bertugas di Sime Darby Oils, Sime Darby Property, AmMerchant Bank dan Bursa Saham Kuala Lumpur.

Faris menggantikan Pengarah Eksekutif, Tuan Haji Zulkifly Zakariah, yang bersara pada 16 September.

Popular News

Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
en_GBEnglish (UK)