Kulim Susun Langkah Jadi Peneraju Agribisnes Menjelang 2025

September 1, 2021

ULU TIRAM, JOHOR, 1 September 2021: Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) meraikan ulang tahun ke-88 dengan melancarkan pelan transformasi lima tahun untuk menjadi peneraju agribisnes.

Sebagai sebahagian daripada rancangan tersebut, Kulim mensasarkan untuk memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya, dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.

Mohd Faris Adli Shukery, Pengarah Urusan Kulim berkata antara tugas pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat.

"Tujuan saya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang," kata Mohd Faris pada taklimat media Kulim sempena ulang tahun Kulim yang ke-88.

Mohd Faris berkata pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.

Beliau berkata di samping mengembangkan perniagaan Huluan, tanaman bernilai tinggi dan kawasan pertumbuhan baharu - khususnya pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga meneroka hiliran yang akan menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.

"Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Kulim berjaya mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi RM1.41 bilion pada 2020," kata Mohd Faris, sambil menambah bahawa peningkatan ini adalah hasil tenaga kerja Kulim yang kental, dibantu oleh program digitalisasi di bawah rancangan transformasi.

"Kami menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem pengurusan, operasi, tadbir urus dan perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan dan automasi dengan melabur lebih banyak untuk jentera," kata Mohd Faris.

Beliau berkata kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai usaha pekerja-pekerjanya, dibantu oleh digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan produktiviti. Dalam pada itu, Kulim tetap komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya. “Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar. Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. Syarikat juga komited terhadap integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021,”ujar Mohd Faris.

Pada majlis itu, Mohd Faris turut merasmikan logo dan video korporat baru Kulim sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol sebagai sebahagian daripada Korporat Malaysia.

Kulim juga melancarkan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Kempen #kulim88 berakhir pada 29 Ogos sementara #kulimpeduli bermula bulan ini hingga akhir Disember. Kempen ini bertujuan untuk membantu 1,500 penerima di Malaysia. Kedua-dua inisiatif ini dikolaborasikan dengan pelbagai pertubuhan iaitu Yayasan JCorp, MyFundAction, dan agensi strategik lokal Johor yang lain.

Popular News

Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
en_GBEnglish (UK)