Kerjasama Sinergi Kulim Dengan MPOB & Nuklear Malaysia Pacu R&D Sektor Kelapa Sawit dan Nanas MD2

December 12, 2019

KOTA TINGGI, 12 Disember 2019: Johor Corporation (JCorp) menerusi Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) hari ini memperkukuhkan kerjasama industri menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bagi memperkukuhkan aktiviti penyelidikan & pembangunan (R&D) dalam sektor kelapa sawit dan nanas MD2 di negara ini.

Menurut Tuan Haji Zulkifly Zakariah, Pengarah Eksekutif Kulim, bagi memastikan Kulim terus berdaya saing dalam pasaran ekonomi yang semakin mencabar khususnya sektor perladangan, pihaknya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan teknologi yang sedia ada daripada kalangan agensi kerajaan seperti MPOB dan Nuklear Malaysia.

Melalui MoA dengan MPOB menerusi Consultancy & Training Services on DNA finger printing & molecular relate technologies, sebanyak tiga aplikasi yang boleh dimanfaatkan oleh Kulim iaitu pengecapjarian DNA (DNA fingerprinting), Suresawit Virescens dan Suresawit Shell Kit. Aplikasi ini membolehkan Kulim mengenalpasti dan menentu sahkan baka induk kelapa sawit yang dapat memberi hasil lebih baik dengan lebih cepat dan tepat. Ianya juga memberi penjimatan sehingga 5 tahun masa kajian, berbanding 20 tahun menggunakan teknologi yang sedia ada.

Selain itu, melalui MoU dengan Nuklear Malaysia pula menerusi kerjasama penyelidikan dalam penghasilan varieti baharu nanas bagi menghasilkan jenis-jenis nanas baharu yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap penyakit.

Sesi pertukaran MoA dan MoU tersebut telah ditandatangani oleh Cik Zainuriah Abdullah, Ketua Divisyen Khidmat Nasihat Perladangan & Perkhidmatan, Kulim dengan Dr Haji Mohamad Arif Abd Manaf, Pengarah, Pusat Kemajuan Bioteknologi & Biakbaka, MPOB serta Dr Abdul Rahim Harun, Pengarah, Bahagian Agroteknologi & Bisnes, Nuklear Malaysia sambil disaksikan oleh Tuan Haji Zulkifly bersama Dr Zainal Idris, Timbalan Ketua Pengarah, R&D MPOB dan Dr Abdul Muin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Program Teknikal Nuklear Malaysia.

 

Popular News

Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
Kulim (Malaysia) Berhad 
Level 11 Menara Komtar
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
For 90 years, we revolutionised the future of agribusiness, thus, strengthening our position as one of the key players in Malaysia's agricultural sector.
Copyright © 2024 Kulim (Malaysia) Berhad
chevron-down
en_GBEnglish (UK)